fbpx

Rita Rudaini Pelik Netizen Marah Khairy Jamaluddin

Perkongsian Insta Story Rita Rudaini baru-baru ini menjadi perhatian apabila pelakon itu mempersoalkan sikap segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ).

Ianya berhubung berita pemberian dos penggalak keempat vaksin. Rita berkata sebelum ini KJ dipuja kerana membawa masuk vaksin namun kali ini dimarahi pula. Menerusi perkongsian itu, Rita turut memuat naik berita daripada Astro Awani mengenai perkara itu.

BACA: Rita Rudaini Dedah Sebab Sering Bersuara Di Media Sosial

“Habis madu sepah dibuang. Dulu dia lah tolong membawa masuk penawar untuk kamu semua. Korang puji dan puja dia. Korang marah orang lain.

“Kamu semua kata penawar itu ‘ikhtiar’, sekarang nak marah dia kenapa? Memang tidak kenang budi. Mana ‘ikhtiar’ korang? Sudah tercicir? Dos penggalak itu ‘mak segala ikhtiar tau. Kamu semua ini memang tidak kenang jasa dia.

“Dulu dia beri satu, korang minta dua. Sekarang dia beri lebih, korang marah kenapa? Bukan perlu bayar pun. Memang tidak kenang dek untung! Biasalah, Yang Berhormat kena ingat, Melayu mudah lupa,” tulisnya.

Terdahulu, Khairy memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian untuk memberikan suntikan dos penggalak keempat.

Kata KJ lagi, apa yang diketahui setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap Covid-19.