fbpx

Pekin Ibrahim: Keluarga Restu Saya Dan Uqasha Senrose

Selepas gossip mengatakan pasangan ini bercinta di’jawab sendiri oleh Uqasha Senrose, kini giliran Pekin Ibrahim pula membuka mulut tentang sejauh mana serius hubungan mereka.

Bercakap kepada Media Hiburan hari ini, Pekin Ibrahim mengakui yang hubungan dengan Uqasha Senrose semakin rapat sejak enam bulan yang lalu namun masih dalam peringkat kenal hati budi.

“Memang benar saya sedang berkawan rapat dengan Uqasha dan kini kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Hubungan kami menjadi rapat sejak enam bulan lalu”

Lebih menarik, hubungan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose nampaknya semakin positif apabila beliau sendiri mengakui keluarga sudah berbincang untuk membawa hubungan ini ke peringkat lebih serius.

“Keluarga merestui hubungan kami dan mereka juga sudah saling kenal mengenali. Malah, mereka sudah berjumpa untuk berbincang membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius,” tambahnya.