Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Aeril Zafrel berkongsikan berita gembira di mana isterinya, Wawa Zainal kini sedang hamil selepas empat tahun menanti cahaya mata baru.
“Alhamdulillah, terima kasih isteri, 4 tahun menanti jadi ayah lagi. Doakan dipermudahkan semuanya,” tulis Aeril Zafrel.
BACA: Aeril Zafrel Jawab Dakwaan Anggap Isteri Macam Hamba
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla. (rtky/m)