fbpx

“Tahniah Mohd Syamsul, Pasukan Mat Kilau” – Puteri Sarah

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mendapat kutipan mencipta fenomena apabila mendapat kutipan mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan.

Meskipun berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Puteri Sarah mengucapkan tahniah kepada suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof atas pencapaian filem Mat Kilau.

BACA: Syamsul Yusof Terkejut Netflix Nak Beli Mat Kilau RM7 Juta

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia melihat kepayahan yang dilalui pasukan filem itu sepanjang menyiapkan filem berkenaan.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga pasukan Mat Kilau kerana saya tahu macam mana proses mereka ‘shooting’ (penggambaran) dulu.

“Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah (anak kedua) ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke lokasi penggambaran beri sokongan.

“Saya tahu proses yang dilalui mereka ketika penggambaran termasuk masalah di lokasi dan proses suntingan pun dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata kejayaan yang diraih filem itu adalah berkat doa dan sokongan orang ramai.

“Berbanyak tahniah kepada semua pelakon, pasukan dan kru yang paling penat sekali. Dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah, syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa. Kepada penerbit iaitu Studio Kembara, tahniah!” katanya.