Shukri Yahya Terpaksa Guna Duit Simpanan Sara Keluarga Ketika PKP
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ramai yang terjejas pendapatan termasuklah penggiat seni apabila segala aktiviti hiburan dan penggambaran terpaksa dihentikan.
Akui turut terkesan, Shukri Yahya memberitahu dia terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk perbelanjaan keluarga sepanjang tempoh tersebut. Bagaimanapun, Shukri berkata banyak hikmah diperoleh daripada ujian tersebut.
BACA: Shukri Yahya, Isteri Bakal Timang Anak Lelaki
“Sepanjang PKP saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan tiada apa lagi boleh dilakukan memandangkan saya pun tiada bisnes.
“Jadi, terpaksalah guna duit simpanan sedikit dan isteri pun ada bantu melalui perniagaan dia. Bagi saya PKP tidaklah terjejas sangat cuma tiada apa yang masuk dan perlu bergantung pada simpanan sepenuhnya,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Shukri berkata dia kini sudah boleh menarik nafas lega apabila kerajaan sudah mula membenarkan industri beroperasi semula dengan SOP yang ditetapkan. Ujarnya, dia baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaimu musim kedua.
“Kalau sampai setengah tahun mungkin akan rasa terdesak dan pastinya semua akan rasa yang sama. Syukur kini pelakon sudah dibenarkan bekerja semula dan saya pun keluar mencari rezeki,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Ni pun nk jd gossip, apooo!!!
artis kene bijak mase tgh laku ni baik buat bisness nanti ade backup xkan sampai bile2 org nak ambik jd hero.
Hensemnyerr
Sweetla khuzairi dlm drama 7 hari… Kak tya x jles ke. Hihi
Always My feveret actor… Hensem..