Wany Hasrita Mahu Baiki Diri Sebelum Bergelar Isteri
Ramai rakan artis sudah pun mendirikan rumah tangga di usia muda, penyanyi Wany Hasrita berkata dia tidak rasa cemburu melihat kebahagiaan mereka.
Usianya kini sudah mencecah 28 tahun, Wany berkata dia mahu memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.
BACA: Bercinta Dengan Juruterbang, Wany Hasrita Kunci Mulut
“Saya masih ada rakan-rakan seangkatan yang lain seperti penyanyi Nabila Razali dan Amira Othman yang masih memperbaiki kehidupan menjadi lebih baik.
“Bukan nak cakap kalau dah kahwin tu tak boleh perbaiki kehidupan..tidak. Cuma perkara ini berbalik kepada soal jodoh juga.
“Kita nak kawal macam mana pun susah juga. At the end of the day, kita berserah saja pada Allah,” katanya.
Oktober lalu, timbul desas desus Wany bakal menamatkan zaman bujang beberapa bulan lagi dengan seorang juruterbang. Enggan mengulas mengenai perkara itu, Wany berkata belum ada perancangan rasmi.
- SUMBER
- mStar Online
umur dh 28thn tu dh elok sgt berkahwin..
mse umur 25thn tu xkn la x sempat perbaiki diri..ble umur dh lnjut bru nk ckp mcm tu..
terlalu memilih sgt pn x gune… kawin lmbt susah nk dpt anak..susah tau jd perempuan..
nak wani dgn syafiq kylez… :( :( :(
dah terlepas…kaum laki cari yg muda muda je, umur bawah 25 nak buat isteri. kalau 28 ni mungkin dah terlambat kot?
Mimilana nak letak mana doh