fbpx

Netizen Puji Perwatakan Puteri Balqis ‘Soft Spoken’ & Merendah Diri

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai pelakon berbakat besar, Puteri Balqis mengenai kisah kehidupannya.

Bagaimanapun, Balqis dilihat tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa apatah lagi pelakon itu sudah kembali aktif sebagai pelakon.

BACA: Puteri Balqis Terpaksa Makan Ubat Sebab Trauma Masa Silam

Baru-baru ini tular video dimuat naik seorang pengguna TikTok memaparkan Balqis sedang duduk di sebuah sofa sambil memberi review mengenai baju yang dipakainya. Difahamkan, baju yang dipakainya itu adalah dibuat oleh pelakon itu sendiri.

@hotspotprinting_hq

Betul ke aqish buat baju jersey sendiri dekat kilang #hotspotprinting_hq ??

? bunyi asal – HOTSPOT PRINTING – HOTSPOT

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah cara percakapan Balqis yang sangat lemah lembut. Malah, ramai yang memuji pelakon itu seorang yang sangat merendah diri.

Dalam pada itu, ramai yang memuji Balqis dilihat sangat cantik dan matang, seolah tidak menyangka bahawa gadis itu sebenarnya baru 15 tahun.