fbpx

Puteri Balqis Terpaksa Makan Ubat Sebab Trauma Masa Silam

Pasti ramai tahu, pelakon Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz disahkan menghadapi gangguan stres pascatrauma atau Post-traumatic stress disorder (PTSD) berikutan apa yang dihadapi sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon berusia 15 tahun itu memberitahu dia  terpaksa mengambil ubat penenang.

BACA: Dibawa Jumpa Pakar Psikiatri, Puteri Balqis & Ibu Disahkan Hidap PTSD

Jelasnya lagi, ubat tersebut hanya mampu membuatkannya gembira dalam tempoh kurang daripada lapan jam sahaja kemudian hatinya jadi kosong semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Menurut Balqis lagi, dia berkongsikan adakalanya terkenang kisah silam itu  dan membuatkannya bangun dalam keadaan mengigil.

“Berjumpa pakar psikiatri saya sekali lagi, ubat diberikan membuat saya gembira hanya kurang daripada lapan jam.

“Saya telah kehilangan diri saya, masih bertahan daripada memikirkan kisah lama dan berasa bergetar apabila bangun tidur. Kenangan itu kekal,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta story, Balqis mengakui turut tertekan dengan harga ubat anti-kemurungan yang mahal yang mencecah RM160 untuk sekotak ubat ssebelum mendapat harga diskaun.

Terdahulu, media melaporkan Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz menerima rawatan PTSD di sebuah pusat perubatan di ibu kota. Balqis dan ibunya ke hospital bersama pihak polis pemeriksaan dilakukan bagi membuktikan dakwaan Balqis.