fbpx

Neelofa Lancar Beg Tangan Jenama Sendiri ‘Lofarbag’

Jika sebelum ini nama Neelofa dikenali ramai dengan tudung Naelofar Hijab, kali ini pelakon dan pengacara popular ini melancarkan produk terbaru dengan memperkenalkan beg tangan jenama sendiri yang diberi nama ‘Lofarbag’.

Berkolaborasi dengan pereka tas tangan tempatan, Sometime by Asian Designers (Sometime), koleksi Lofarbag sudah pun mula dijual menerusi portal beli-belah atas talian, Zalora.

Menurut Ketua Produk Sometime, Nicole W, bukan mudah untuk menghasilkan kolaborasi ini. Koleksi ini mencerminkan kejayaan Neelofa dalam tiga karater utama iaitu Cofidence, Graceful dan Fun.

“Neelofa adalah pengaruh fesyen luar biasa di seluruh dunia. Ia penting bagi kami untuk mencipta beg yang menonjolkan identiti sebenarnya dan memberi inspirasi kepada khususnya pengikutnya dan wanita di luar sana.”

Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Neelofa meluahkan rasa teruja apabila impiannya untuk mengeluarkan jenama beg sendiri menjadi kenyataan.

Mencerminkan latar belakang Neelofa dan tanggungjawabnya, tas tangan ini direka cukup kemas dan praktikal. Sesuai untuk wanita berkerjaya ianya boleh digayakan untuk mereka yang mahu kelihatan profesional pada waktu siang dan versatil pada waktu malam.

Dijual dengan harga RM259, Lofarbag dihasilkan dari vegan leather yang berkualiti tinggi dan didatangkan dalam sembilan rona yang boleh dipadankan dengan dengan gaya harian seperti hitam, maroon, navy, coklat gelap, oren, merah, biru muda, nude dan mocha.