fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.65)

Apabila anugerah muzik cuba mencuri perhatian orang ramai daripada pilihanraya & ahli politik, maka terbit’lah poster sinikal yang membandingkan aliran muzik dan amalan berpolitik. – Blog Serius

Kalau anda masih berminat, ini 6 perkara yang mungkin anda tidak tahu (atau tidak pernah ambil tahu) tentang selebriti Hollywood, Megan Fox. – The Wire

Tahukah anda bahawa Mawi & Ekin menamakan anak sulung perempuan mereka Cahaya Malaika & gambar pertama sudah terbit di’internet, di’samping iklan ubat kuat untuk lelaki. Hmm. – Beautiful Nara

Sempena dengan ulangtahun kelahiran ke 18, Justin Biber menerima kejutan di rancangan bual bicara Ellen dengan sebuah kereta elektrik mewah bernilai lebih US$100,000 dari pengurus & Usher. – Youtube

Satu khabar angin bertiup di Indonesia baru baru ini mengatakan yang pemain drum kumpulan Slank, Bimbim telah meninggal dunia dan mereka menafikan yang ia’nya sengaja di’reka untuk publisiti. – Kapan Lagi