fbpx

Perkongsian pelakon Puteri Sarah di Insta Story semalam mencetuskan tanda tanya netizen seolah memberitahu mengenai hal rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Menerusi satu lagi perkongsian Puteri Sarah berkata dia mengetahui mengenai ‘perkara’ itu sehari sebelum dia melahirkan puterinya, Sumayyah.

BACA: “Soalan Ini Patutnya Tanya Syamsul & Kekasihnya” – Puteri Sarah Dimadukan?

Sementara itu, Sarah dilihat ada memuat naik perkongsian terbaru menjawab mengenai apa yang berlaku sebelum dia melahirkan anak keduanya berikutan ramai yang salah faham.

Menurut Puteri Sarah, pihak ketiga membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan suaminya sehari sebelum Summayah dilahirkan, ketika itu dia sedang sarat hamil 9 bulan.

Terdahulu, Puteri Sarah berharap agar tahun 2023 akan dapat membongkar segala yang telah berlaku sebelum ini.  Sarah turut memuat naik mesej diterima daripada individu yang mendakwa suaminya sudah pun bernikah dengan Ira Kazar.