fbpx

FMI: This Means War

Oleh: Ann, PenMerah.com

This Means War filem yang sarat dengan cinta, komedi, romantik, aksi mencabar dan penuh dengan lawak yang digabungkan dengan sempurna menerusi lakonan Tom Hardy (Tuck) dan Chris Pine (FDR).

Dari satu sudut, This Means War kelihatan seperti filem Mr & Mrs Smith yang juga menjadi agen pengintip & juga di’upah untuk membunuh satu sama lain.

Bezanya dalam filem This Means War, Tuck dan FDR bersaing sesama sendiri merebut Lauren lakonan Reese Witherspoon.

Mungkin juga anda boleh membayangkan ada 2 James Bond, kedua dua’nya pengintip terbaik dan juga diupah untuk memburu pengganas tapi dalam masa yang sama berebut perempuan yang sama menggunakan peralatan yang serba canggih dan tenaga kerja yang dimiliki semata – mata untuk memenangi hati seorang wanita biasa? 

FDR lelaki kacak yang mempunyai apartment di bawah kolam renang dan Tuck, lelaki yang gagal dalam perkahwinan tapi mempunyai seorang anak.

Mengabungkan rupa yang menawan dan aksi skill pengintip dengan komedi romantik menjadi acuan pengintip dalam filem ini kelihatan seksi dan penuh aksi yang takkan mengecewakan anda.

Lakonan Reese Witherspoon kali ini lebih baik daripada filem sebelum ini Legally Blond yang kurang menonjol tapi dalam This Means War, Lauren membawakan watak Lauren, perempuan yang mencari cinta tapi tersepit memilih antara Tuck dan FDR yang merupakan partner dalam CIA.

Kesulitan memilih antara Tuck dan FDR, Lauren mendapatkan nasihat daripada sahabat baiknya, Trish yang juga mendaftarkan Lauren dalam laman profile online dating. Trish bukanlah pandai memberi nasihat tapi mendorong Lauren mendapatkan cinta lelaki.

Bermulanya perebutan antara Tuck dan FDR menyaksikan persaingan yang sihat dan lawak lucah yang pastinya membuatkan anda jatuh cinta dengan dua lelaki kacak ini.