Okay. Kami sudah dengar suara suara menyarankan supaya kami tidak ambil pusing akan figura dari dunia bola sepak. Tidak mungkin terjadi, jika anda popular, anda selebriti. Heh.

Bintang bola sepak Harimau Muda, Nazmi Faiz awal bulan ini mencipta kejutan apabila di’terima untuk menyertai SC Beira-Mar sebuah kelab bola sepak Portugal.

Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 & beliau akan mula bermain dengan pasukan utama pada Ogos 2012 selepas mencecah 18 tahun.

Yang menarik minat para selebriti wanita hari ini ialah angka gaji yang bakal di’terima oleh Nazmi Faiz sepanjang beraksi di’sana — RM300,000 (€76,000) sebulan.

Ejen beliau Marco Guimaraes mengakui jumlah yang di’terima Nazmi Faiz memang lumayan untuk seorang pemain muda dari Asia Tenggara tetapi enggan mendedahkan jumlah sebenar.

Nazmi Faiz sendiri masih belum berikan sebarang respons.

Jika jumlah yang di’khabarkan itu benar & sebenarnya tidak mustahil, Nazmi Faiz bakal bergelar jutawan bola sepak muda — jauh lebih muda daripada Safee Sali yang menerima RM118,000 sebulan di Indonesia. (via Sinar Harian)