fbpx

Aset RM1.4 bilion, Beyonce Beli-Belah Di Pasar Raya

Sebut je nama penyanyi Beyonce, semua tahu siapa wanita ini. Antara wanita paling kaya dan berpengaruh di dunia. Namun, siapa sangka Beyonce masih lagi membeli-belah di pasar raya biasa.

Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila ramai pengguna kongsikan foto penyanyi dengan aset bernilai kira-kira AS$383 juta (RM1.4 bilion) itu membeli belah di pasar raya Target di Los Angeles.

Rata-rata peminatnya tidak menyangka, Beyonce rupanya lebih gemar ke pasar raya yang terkenal di kalangan penduduk Amerika Syarikat untuk mendapatkan keperluan harian dengan harga berpatutan.

Turut bersama membeli belah bersama Beyonce ialah anak sulungnya, Blue Ivy.

Penyanyi berusia 36 tahun itu dilaporkan memenuhkan trolinya dengan pelbagai barangan, dari kelengkapan dapur termasuk pakaian.