fbpx

Filem Minggu Ini : Hoore Hoore

Lambakan filem pelbagai genre yang meniti pasaran Malaysia masa kini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan pada rakyat Malaysia. Namun, kehadiran filem muzikal Hoore Hoore pasti memberi kelainan yang boleh di’bangga.

Filem Hoore Hoore arahan Saw Teong Hin, menyuntik elemen yang menarik buat tontotan anda. Mesej-mesej serta nilai-nilai murni disampaikan secara ringkas dan mudah difahami.

Koreografi kemas seiring dengan jalan cerita yang disajikan pasti membuat anda bakal terbuai melalui susunan lagu-lagu yang begitu mengasyikkan & membuai perasaan.

Di samping menonton filem, buat peminat Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad, jalan cerita yang diselang-seli dengan lagu-lagu popular dendangan beliau pasti mengubat kerinduan terhadap karya agung beliau.

Antara lagu yang dipilih adalah Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung serta lagu baru khas untuk filem ini, IDOLA nyanyian Azlan & Typewriter.

Filem Hoore Hoore membariskan pelakon seperti Akim Ahmad, Kilafairy, Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Adibah Noor dan Sahronizam Noor. Di samping itu, filem ini juga membariskan ramai muka baru seperti Nurfarah Nazirah, Shahila Shariff, Shana Razman, Afi Yamin, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil dan Mohd Faiz. Turut membuat penampilan istimewa di dalam file ini adalah Aznil Hj. Nawawi.

SINOPSIS: Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai dua orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui Aiman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

Jadi, buat peminat Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad, jangan lupe saksikan filem Hoore Hoore di pawagam berhampiran anda bermula pada 24 Mei 2012.

Rotikaya Rating: 4/5