fbpx

Ibu Doa Ismail Izzani Dijauhi Perkara Negatif

Hangat dengan kontroversi berpelukkan dengan pelakon Zarina Anjoulie, ibu Ismail Izzani, Datin Suliza Salam memberitahu anaknya seorang budak yang baik dan berdoa agar Ismail selalu mengigati Allah.

BACA: Gambar Peluk Zarina Tersebar, Ismail Izzani Mohon Maaf

“Biarlah kita bersangka baik dengan semua orang. Bagi saya, Ismail anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Bukan mudah apabila menjadi artis yang dikenali ramai kerana saya pernah melaluinya”

“Banyak perkara yang perlu dikorbankan. Saya selalu berdoa memohon dia dijauhi perkara negatif dan selalu ingat Allah. Ketika isu foto itu hangat diperkatakan, saya berada di Jakarta dan hanya pulang ke tanah air hari ini”

Jelas Suliza, ketika isu berkenaan hangat diperkatakan, Ismail ada menghubunginya menjelaskan perkara yang terjadi serta memohon maaf. Pun begitu Suliza ingin bertemu empat mata dengan anaknya terlebih dulu.

“Dia ada menghubungi saya untuk meminta maaf, tetapi saya tidak bercakap banyak. Rasanya lebih baik kami bertemu dan bersemuka untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu Ismail menerusi pengurusnya, memohon maaf diatas kontroversi beliau memeluk Zarina ketika berhibur di kelab malam baru-baru ini. Semoga Ismail mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku. (rtky/w)