Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose dilihat ada memuat naik gambar bersama Kamal Adli di Instagram. Namun, ada yang kurang senang dengan cara pemakaian Kamal.

Semuanya gara-gara tindakan pelakon itu memakai sweater atau baju sejuk ketika cuaca panas sehingga menerima komen negatif daripada netizen dan dilabel poyo.


BACA: “Kamal Adli Caring, Loving & Gila-Gila”

Tidak senang melihat teman lelakinya dikecam, Uqasha dilihat tampil mempertahankan Kamal serta membidas komen netizen berkenaan. Uqasha berkata dia kasihan dengan individu berkenaan serta mengatakan jika tak suka, tidak perlu tengok perkongsiannya itu.


Terdahulu, pasangan tersebut mengesahkan bakal diijabkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi. Bagaimanapun, masih belum mendedahkan tarikh pernikahan.