Pelakon Idris Khan menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pandangannya mengenai pemakaian kanta lekap berwarna di kalangan gadis Melayu.
Menerusi perkongsian di Threads, Idris berkata dia tiada niat untuk menghakimi sesiapa tetapi beranggapan kanta lekap berwarna seolah menutup keasilian kecantikan wajah seseorang.
BACA:Idris Khan Dedah Pernah Tolak Tawaran Jadi Ahli Politik

“Sekadar berpesan, jangan ada yang marah atau terasa, tapi ada sesetengah gadis Melayu sebenarnya jauh lebih cantik tanpa kanta lekap berwarna.
“Kecantikan semula jadi itu jauh lebih menyerlah. Belajarlah untuk hargai kecantikan asli diri sendiri,” tulisnya.
Sementara itu, Idris menjelaskan dia bukan menghakimi sesiapa dan bukan sikapnya menilai seseorang namun itu hanya pandangannya bahawa setiap individu mempunyai keunikan mereka tersediri.
“Saya tidak menghakimi sesiapa. Itu bukan diri saya. Ini hanya pemerhatian dan pandangan peribadi. Anda tetap cantik walau tanpa kanta lekap. Cuma saya rasa kecantikan sejati terpancar apabila seseorang menghargai dirinya sendiri.
“Ada ketika kanta lekap berwarna itu tidak serasi dengan wajah. dan saya rasa tidak menonjolkan kecantikan sebenar seseorang,” katanya.