fbpx

“Perasaan Hancur Hati Yang Pecah, Konsep Baju Sufian”

Jika anda menyaksikan Anugerah Juara Lagu semalam, persembahan Sufian Suhaimi antara yang menjadi perhatian ramai serta bualan hangat di media sosial apabila penyanyi itu membawa pelamin di atas pentas.

Namun, bukan itu sahaja, sut hitam bercorak merah di dada yang digayakan oleh Sufian turut mencuri perhatian dan sebenarnya mempunyai makna tersirat.

BACA: Persembahan Sufian Suhaimi Di AJL 33 Curi Perhatian

Menerusi Instagram, pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat berkongsikan kisah dimana dia membuat baju tersebut dengan menghayati bait-bait lagu Di Matamu nyanyian penyanyi itu.

“Bila I buat baju Sufian, I betul betul hayati lagu dia sayang sedih, satu perasaan yang hancur yang di biarkan hati yang pecah, itu lah konsep a broken heart suit for Sufian Suhaimi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hatta juga mengatakan bahawa Sufian sudah pun move on namun hanya mahu mengekalkan konsep untuk penjiwaan lagu sahaja.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil kerja Hatta kerana rekaan baju tersebut sangat kena dengan lagu dan persembahan Sufian. Apa pun tahniah di ucapkan kepada Sufian kerana memenangi anugerah Persembahan Terbaik.