“Memang Saya Sengaja Menunjuk-Nunjuk, Tapi Ada Sebab”
Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.
Sering berkongsi kisah disebalik tabir kerja kebajikan kepada umum, Ustaz Ebit akui tindakan yang dilakukannya itu mahu mengajak lebih ramai orang berbuat kebaikan. Katanya, rogram realiti, Jejak Ebit Lew diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan memerlukan
BACA: “Saya Tak Pandai Politik, Lebih Minat Kerja Dakwah & Kebajikan”
“Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu. Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya ‘stuck’ (tersangkut) sebab penuh dengan mesej.
“Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000… Itu pun tidak menyeluruh,” katanya.
Melihatkan keadaan apabila hampir setiap negeri mempunyai penduduk susah, Ustaz Ebit berkata selepas beliau berkongsikan kerja kebajikannya ramai sahabatnya turut turun padang menghulurkan bantuan.
“Jadi, apabila diuar-uarkan dalam program ini, kita dapat menarik pihak yang berminat membantu. Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan.
“Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.
“Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini,” katanya.
Sudah mula melakukan kerja amal sejak usia 12 tahun, Ustaz Ebit tidak menyalahkan mereka yang menuduh dirinya menunjuk-nunjuk kerana niatnya adalah untuk menarik ramai orang untuk melakukan kebajikan.
“Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar.
“Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain.
“Perpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Teruskan usaha ustaz, niat di hati hanya Allah yg tahu. Ustaz menjalankan Amanah terhadap sumbangan2 org lain kepada ustaz. Ramai yg tertanya2 dari Mana Dana ustaz. Jgn risau…. ada hamba2 Allah yg menyumbang tanpa mahu di ketahui sesiapa. Manusia yg hatinya sakit adalah mereka yg jauh dari Allah tapi dekat kepada syaitan. Kerja amal yg ustaz buat ni membuka mata, minda, Dan hati manusia lain supaya lebih bersyukur dgn kehidupan yg ada pada Hari ini. Sesusah susah Kita ada lg yg lebih susah di uji Allah.
Thorbaekkkk Tok Bit!!!!!!
Untung rakyat Malaysia ada orang mcm Ustaz Ebit yang pantas turun padang untuk membela. Ramai jugak lagi sebenarnya orang seperti Ustaz Ebit ni yang banyak membantu orang memerlukan. Semoga Allah luaskan rezeki ustaz, rezeki orang yg membantu dan dibantu. Amin
Sejak ustaz menunjuk tu lah usaha2 murni ustaz jd inspirasi utk sy.. sy impikan dpt buat mcm ust. Wpun skrg ni sy tak dpt tlg apa2 lg tp mudah2an someday wlupun kecil sy dpt tlg jgak. Teruskan usaha ust ebit. Bnyk lg golongan perlukan ust. You can make a difference
Ustaz xnk pasang satu lagi kew? Byk nk jadi bidadari tu setat…ade sanggup ikut da’i balik huhu
Alhamdulillah.. agaknya dia nak bagitau penyumbang,mana duit tu dibelanjakan..
Bijak dia ni. Nanti masuk TV pun asyuk. Atas bawah kiri kanan asyuk hari hari. Pandai
Alhamdulillah… teruskan usaha murni tu ust.Ebit
Mmg la dia pandai. Dari ko tu hati busuk hitam legam. Syak wasangka je kerja. Membantu jauh sekali. Puuiihh
Ustaz lain menunjuk berapa bini dia ada, berapa pompuan dah di rogol, budak di leewat dan berapa anak anak mereka di lepaskan tanggung jawab. Itulah ustaz lain buat. Semua orang dosa, haram tapi kalau mereka buat semua betul, dapat pahala dan halal toyiba
Ustad melayu semua miskin mereka sendiri dok tunggu batuan dan belas kasihan orang. Diri sendiri pun tak tertolong lagi nak buat kebajikan. Tapi bab kahwin poligami diorang la hero. Tiba tiba je ada duit kalau nak kahwin yg muda
Acik makin respek dgn ustad EL