Okay. Apabila gambar di’atas lengkap, cuba klik di’bahagian yang kabur & secara automatik gambar ini akan mempunyai titik fokus yang baru.
Ini adalah teknologi yang cuba di’bawa ke dunia komersial oleh Ren Ng, founder & CEO untuk mencipta revolusi baru dalam dunia fotografi.
Teknologi yang menjadi akar umbi kamera Lytro ini ialah Light-Field Technology yang secara asas’nya menggunakan sensor kamera untuk menangkap (?) cahaya dari semua arah.
Teknologi ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding teknologi biasa yang kita gunakan sekarang — paling ketara, kamera tidak perlu fokus terlebih dahulu sebelum mengambil gambar.
Kamera Lytro ini akan datang dalam bentuk yang senang di’bawa & mampu di’miliki oleh semua pihak hasil kajian bertahun-tahun dan dana sebanyak US$50 juta dari pelbagai pihak.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kamera Lytro ini, layari laman web rasmi mereka dan jangan lupa tempah unit anda hari ini.