fbpx

“Curang Bukan Punca” – Peguam Dedah Sebab Fazura Fail Cerai 

Peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan cerai terhadap suaminya, aktor Fattah Amin.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan berkata perceraian itu berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka dan tiada langsung isu curang.

BACA: Tiada Lafaz Cerai, Fattah Masih Sayangkan Fazura

“Selepas permohonan cerai dibuat Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman,” katanya.

Sementara itu, Fakhrul berkata kedua-dua pihak tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya isu curang itu disensasikan oleh individu di media sosial.

“Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap.

“Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak,” katanya.

SUMBER: Harian Metro