fbpx

Elyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Kecewa Keguguran

Mengakui redha dengan ketentuan Tuhan, Elyana menjelaskan kepada Utusan Online bahawa dirinya dilihat semakin kurus bukanlah atas dasar kerana masih bersedih dan kecewa di atas peristiwa kandungannya gugur sebelum ini.

BACA: Elyana Keguguran Anak Kedua

“Ini (susut tubuh badan) tiada kaitan dengan pengalaman itu. Saya hairan juga dengan orang kita ini. Dulu saya gemuk selepas bersalin, ramai yang merungut kata saya gemuk sangat. Sekarang saya ambil inisiatif untuk turunkan berat badan, mereka kata saya kurus sangat pula,” katanya.

Menurut Elyana, dia reda dengan ketentuan tersebu dan menganggap kegagalan mempertahankan kehamilan keduanya itu tiada kena mengena dengan susut tubuhnya itu. Malah dalam masa yang sama, dia juga tidak merancang dan tidak mahu terburu-buru untuk hamil sekali lagi.

Tambah penyanyi ini lagi, tiada apa yang perlu diperdebatkan mengenai berat badannya yang turun mendadak kerana dia sendiri mahu kelihatan langsing demi keselesaan diri selain perancangan untuk membuat kemunculan semula dalam bidang seni. (rtky/s)