fbpx

Lebih 4 Bulan Duduk Hotel, Nora Danish Berang Ditipu Kontraktor

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa berang terhadap kontraktor yang didakwa gagal menyiapkan projek ubah suai rumahnya mengikut masa yang dijanjikan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora turut mendedahkan bayaran sebanyak 90 peratus telah dibuat namun sudah masuk bulan April masih belum siap.

BACA: Suami Upah Bodyguard Jaga Nora Danish

“Dari Januari patut siap, duit sudah bayar 90 peratus. Sekarang, sudah masuk April. Hendak kata sabar, saya sudah lama lama. Memang polislah  jawabnya,” tulisnya.

Sementara itu, Nora memberitahu dia terpaksa berpindah randah serta tinggal di hotel dan menumpang di rumah ibunya kerana projek ubah suai masih belum siap.

“Duduk hotel sudah lebih empat bulan. Rumah emak pula tiga bulan… Sangat memenatkan. Memang salah saya kerana terlalu percaya kepada seseorang yang saya panggil ‘adik’.

“Kerja tidak habis, terus angkat kaki. Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor penipu dan tak berhati perut.

“Semua baju kami letak dalam plastik IKEA dan kena korek kalau hendak pakai. Hendak mula kerja pun susah. Anak-anak pun kena tidur sana sini,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata kejadian itu bukan pertama kali berlaku dan sudah memberi peluang kepada kontraktor berkenaanmemperbetulkan keadaan.

Malah, Nora turut mendedahkan wajah dipercayai kontraktor berkenaan serta bertegas akan membuat laporan polis jika rumahnya tidak siap dalam minggu hadapan.