fbpx

Suami Upah Bodyguard Jaga Nora Danish

Pelakon Nora Danish berkata khidmat pengawal peribadi yang diupah sejak tahun lalu adalah atas saranan suaminya, Nedim Nazri Aziz.

Memetik Kosmo, pelakon berusia 41 tahun itu berkata keputusan itu dibuat oleh suaminya kerana bimbang akan keselamatannya ketika berada di luar.

BACA: Nora Danish, Fasha Sandha Dah Lama Berbaik

“Saya ada ‘bodyguard’ ini sebenarnya sejak berkahwin dengan suami iaitu sekitar tujuh tahun lalu.

“Apabila dia tiada saya kena memandu sendiri tetapi suami pula akan hubungi sepanjang tempoh 24 jam kerana risau. Sekarang dia akan menelefon ‘bodyguard’ saya bertanyakan tentang keadaan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nora mengakui kehidupannya lebih lancar apabila adanya pengawal peribadi apatah lagi dia seorang cepat lupa serta cuai.