fbpx

Sakit agaknya krew untuk sessi fotografi Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) kali ini. Nampak strict tidak bertempat dengan finalist.

Laporan mStar hari ini menulis yang Ana Raffali tidak di’benarkan bergambar dengan gitar yang sememangnya semua orang tahu salah satu trademark penyanyi ini.

Dalam satu sessi fotografi baru-baru ini untuk gambar profil yang bakal di’gunakan sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 akan datang, Ana Raffali terpaksa berpisah dengan gitar kesayangan beliau.

Ana Raffali di’katakan terpaksa mengulang semula sessi fotografi tersebut & beliau terpaksa akur dengan kehendak krew fotografi AJL 25.

Ana Raffali bakal membuat persembahan dengan giliran ketujuh membawakan lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’ yang merupakan penampilan pertama gadis ini di AJL.

Kami suka untuk mendengar penjelasan jawatankuasa Anugerah Juara Lagu akan hal ini. Adakah mereka sedang menggunakan polisi Jabatan Pendaftaran Negara?