fbpx

Kisah Perhubungan di Antara Adira: Aliff Aziz Anggap Hilang Teman Rapat

Kasihan pun ada apabila mendengar sendiri luahan hati penyanyi dan juga pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz ini tiap kali bercerita kisah peribadinya.

Jika dahulu percintaan bersama dengan Anne Ngasri putus ditengah jalan, tidak lama kemudian dia dikaitkan pula dengan Adira namun tidak mengesahkan status mereka tup tup keluar kenyataan Aliff Aziz di laman twitter yang seakan ditujukan kepada Adira tentang hubungan mereka yang sudah berakhir.

Mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali, Aliff Aziz yang baru menginjak ke usia 22 tahun hanya memberitahu bahawa Adira sememangnya teman rapatnya yang memang diakui ada rasa saya di antara mereka.

Tatkala ditanya jika tidak mahu pisang berbuah dua kali kenapa masih mahu memuat naik gambar mesra sambil menunjukkan sepasang cincin sama di laman Instagram sebelum ini kan?

“itulah, saya pun tidak sedar sebab perkara itu terjadi di luar jangkaan, tapi itulah jika saya bertemu cinta lagi sebolehnya saya tidak mahu terlampau exposed.”

Apabila ditanya mungkin selepas ini dia serik untuk bercinta dengan artis, Aliff dengan nada yang lebih matang hanya menjawab dia tidak kisah siapa pun bakal kekasihnya nanti.

“Kalau ikutkan saya sendiri bukan baik mana, saya tidak kisah siapa pun dia asalkan kami faham di antara satu sama lain.”

Puas dipujuk agar menceritakan bagaimana hubungan rapat dia bersama Adira berakhir barulah dia membuka cerita.

“Saya pun susah nak terangkan hubungan kami ini, tapi apa yang orang tengok melalui gambar itulah mungkin apa yang mereka rasa”

“Mungkin faktor jarak dan masa menyebabkan hubungan kami renggang dan ketika kami masih berkawan pun orang ramai sudah membuat spekulasi sendiri dan banyak cerita yang kami dengar dari kedua-dua belah pihak yang menyebabkan hubungan kami terus senyap.”

Kalau benarlah apa yang dikatakan, selepas ini mungkin Aliff akan lebih matang di dalam menangani masalah percintaannya yang rasanya tidak pernah padam. Ada sahaja kontroversi yang melanda anak muda ini dari mula dia menjadi anak seni hinggalah sekarang kan? Jadi lebih privasi lebih umph rasanya!