Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video pelakon Fauzi Nawawi bercerita mengenai lakonan aksi rogol yang mengundang kecaman netizen.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi rap, Joe Flizzow yang meluahkan rasa marah serta beranggapan perkara itu tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum.

BACA: Cerita Babak Rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Menurut Joe, golongan artis sepatutnya menjadi contoh dan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat apatah lagi yang melihat mereka sebagai idola.

“Kepada artis-artis atau TV host kat luar sana yang ingat isu rogol dan sexual harassment ni kelakar korang baik berhenti kerja lah. Pakai otak sikit korang ni, role model tidak sepatutnya promote isu bodoh macam ni,” tulisnya di Insta Story.

Dalam pada itu, Joe berkata isu tersebut tidak sepatutnya menjadi budaya di kalangan masyarakat serta menyifatkan golongan artis yang memainkan isu tersebut tidak matang.

“Saya malas nak expose kamu, tapi apa saya perluu katakan cukuplah, saya memang patut cakap pasal benda ni. Jadi saya nak cakap. Ini bukan budaya yang sepatutnya ada di Malaysia. Jangan rosak pemikiran,” katanya.