fbpx

“Soal Anak Bergantung Pada Rezeki” – Nabila Huda

Aktres Nabila Huda, yang sebelum ini telah pun dikurniakan seorang anak yang comel hasil perkahwinan terdahulunya, memberitahu soal untuk menambah zuriat adalah bergantung pada rezeki, walaupun dia dan suaminya telah berusaha.

“Setiap bulan kami akan cuba, tapi tak ada rezeki lagi, kami pun sudah berkahwin lebih kurang setahun sudah. Daripada hati kecil memang saya agak sedihla. Tapi saya tak nak fikir,” katanya yang ditemui di Anugerah Melodi 2016.

BACA: Nabila Huda Janji Tidak Akan Demand Harga Tinggi

Tambahnya lagi, untuk tidak memikirkan perkara tersebut dia mengambil perkara ini sebagai satu perkara positif dalam kehidupannya kini.

“Tak payah berfikir tentang perkara ini, anggap sekarang ini masa honeymoon saya dan suami. Dulu tak ada masa dengan dia masa couple sebab bukan muhrim, jadi kami bercinta masa sekarang”

“Kalau saya mengandung sekarang, tidak ada masa pula untuk suami, kerana sekarang pun kita sudah berebut dengan Keisha,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)