fbpx

Nabila Huda Sambut Ramadan Di New Zealand, Rindu Anak

Untung empunya badan bila sering berpeluang untuk bekerja & menjalani penggambaran di luar negara. Nabila Huda kali ini menyambut Ramadan & menjalankan ibadah puasa di bumi New Zealand.

Nabila Huda yang berada di New Zealand sejak seminggu yang lalu untuk menjalani penggambaran drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita berkata beliau tetap bekerja keras dalam bulan Ramadan ini.

Katanya paling lama pernah beliau berehat tanpa bekerja adalah selama dua hari dan selepas itu hatinya tidak keruan lantaran sikap beliau yang memang kuat bekerja sejak dari dahulu.

“Saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak”

“Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak — tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna,” ujar Nabila Huda kepada Berita Harian hari ini.

“Saya berada di New Zealand selama dua minggu, dengan tujuh hari daripadanya adalah pada bulan puasa. Memang saya sengaja menerima tawaran ini, walaupun tahu ia jatuh pada bulan puasa, kerana peluang menjejakkan kaki ke negara orang memang amat saya nantikan”

Pada hari raya kelima nanti pula, Nabila Huda akan terbang pula ke bandar Venice & Milan di Itali untuk menjayakan penggambaran drama Sangkar di’bawah arahan Erma Fatima. Ikut boleh? Heh.