fbpx

“Kalau Saya Gemuk, Adakah Beri Kesan Kepada Anda?”

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menyelar sikap netizen yang menghina bentuk badannya serta melabelnya gemuk susulan video dimuat naiknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian X, Leona berkata adakah bentuk fizikalnya memberi kesan kepada netizen yang mengkritiknya serta mengatakan dia gembira dengan penampilannya.

BACA: “Fesyen Baju Akan Berubah, Saya Lebih Risau Leona Tak Jaga Diet” 

“Kalau saya gemuk pun, adakah perkara itu beri kesan kepada anda? Saya minta maaf kalau awak tak berpuas hati dengan penampilan diri awak tetapi awak tidak perlu rasa ‘insecure’ terhadap saya.  Saya gembira dengan penampilan saya dan itu sahaja yang penting,” tulisnya.

Dalam pada itu, Leona turut menyindir kenyataan netizen yang menyamakan bentuk fizikalnya seperti wanita yang mempunyai lima orang anak.

“Ada yang cakap badan saya kelihatan seperti ibu kepada lima anak. Jadi, adakah ibu anda kelihatan seperti saya?” sindirnya.

Dalam pada itu, Leona turut mempersoalkan tindakan netizen yang sering meninggalkan komen-komen aneh terhadapnya.

“Apa sebenarnya niat awak bila awak tinggalkan komen pelik pada hantaran saya? Kewajipan agama? Rasa perlu untuk mengatakan sesuatu? Kepuasan?” tulisnya.