fbpx

“Fesyen Baju Akan Berubah, Saya Lebih Risau Leona Tak Jaga Diet” 

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona apabila memuat naik videonya sakan menari di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen kurang senang dengan pemakaian Leona yang agak seksi dan terdedah serta baju dipakainya seolah hampir terlondeh.

BACA: Menari Sakan, Baju Leona Hampir Terlondeh

Sementara itu, Azhar dilihat ada memuat naik perkongsian di Instagram menasihati anaknya itu agar menjaga berat badan untuk kesihatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

“Kepada Leona.  Kalau you tak mau dengar cakap Daddy, atleast you dengarlah cakap Jane Fonda. Kena Slim,Fit dan Sihat dan bukan Sihattt Walafiyattt OK,” tulisnya.

Dalam pada itu, diruangan komen Azhar berkata fesyen atau pemakaian seseorang itu akan berubah dan dia lebih risaukan mengenai diet anaknya itu.

Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan teguran tersebut tidak sepatutnya dibuat secara umum.

Bagaimanapun, ada netizen mendoakan agar Leona berubah suatu hari nanti serta terhibur dengan perkongsian Azhar itu yang berseloroh mengusik anaknya.