fbpx

Ibu Shila Amzah Dedah Video Anak Dipaksa Buat Pengakuan Curi Kereta

Minggu lalu, ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mendedahkan kemelut rumah tangganya dengan penyanyi, Datuk ND Lala selepas bercerai pada 2 Ogos lalu.

Dalam perkongsian itu juga, Fauziah berkata bekas madunya pernah membuat laporan polis mendakwa anaknya mencuri kenderaan miliknya.

BACA: Ibu Shila Amzah Dedah ND Lala ‘Hilang’ Setahun, Nikah BFF Anak Sejak 2019

Bukan itu saja, wanita tersebut meminta kenderaan itu dipulangkan serta meminta anaknya membuat permohonan maaf bertulis dan membaca pengakuan tersebut sambil dirakam oleh bapa kandungnya sendiri.

@

? –

Terbaru, Fauziah dilihat ada memuat naik video kejadian itu di TikTok bagi menyokong kenyataan yang dibuatnya itu. Menerusi video itu, ND lala dilihat sedang memegang telefon dipercayai merakam kejadian berkenaan.

Kelihatan wanita yang memakai jubah hitam serta berniqab dipercayai isteri baru ND lala sedang memeriksa barangan di dalam but kereta tersebut.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan seperti ’sesuatu’ apabila melihat gerak-geri ND lala.

Dalam pada itu, ada yang berharap agar ibu Shila Amzah itu  move on dan tabah dengan dugaan tersebut kerana apa yang ada di atas dunia ini hanya pinjaman semata-mata.