fbpx

Dua minggu lalu, ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mengesahkan telah pun diceraikan suaminya, penyanyi Datuk ND Lala pada 2 Ogos lalu selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.

Terbaru, Fauziah akhirnya bersuara mengenai kemelut rumah tangganya dengan bekas suami dalam satu perkongsian panjang di Instagram pagi tadi,

BACA: ND Lala, Isteri Sah Bercerai Selepas 34 Tahun Kahwin

Menerusi perkongsian itu,  Fauziah berkata dia mula mendapat tahu mengenai perkahwinan bekas suaminya itu dengan kawan baik anaknya pada 2019 namun hatinya cuba menafikan khabar angin berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Malah, dia turut bertanyakan kepada wanita itu sendiri namun kawan baik anaknya yang bekerja dengan ND Lala ketika itu menafikannya sedangkan ketika itu mereka sudah pun bergelar suami isteri.

“Saya masih ingat, pada 2019 – anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang Abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya. 

“Beberapa hari selepas dapat tahu saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah Anak2 saya dan bertanya sendiri, jawapannya dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai ‘orang tuanya’. Hakikatnya ketika itu mereka telah berkahwin,” tulisnya.

Menurut Fauziah lagi, dia juga turut mendapat maklumat dari ahli keluarga wanita itu bahawa dia sudah menghilangkan diri sejak 2016 dan sepanjang tempoh itu perkahwinannya dengan ND Lala goyah.

Katanya lagi, ketika itu ND Lala mula pulang lewat serta pernah berminggu tidak balik dengan pelbagai alasan. Malah, ketika banjir besar berlaku pada Disember 2021, tiada langsung pertolongan dari ketua keluarga.

“Malah ketika banjir besar pada Disember 2021, tiada pertolongan dari ketua keluarga (Langsung tak ambik tahu) banyak harta benda musnah dalam tragedi banjir ini. 

“Abah Anak-anak saya menghilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022. Call mesej tak jawab tapi tiba-tiba muncul Di Semifinal dan Final bila puteri sulung kami bertanding dalam Gegar Vaganza tahun berkenaan. 

“Saya sangkakan keadaan akan jadi normal tetapi berkat doa, kebenaran yang selama ini cuba dia sembunyikan akhirnya terkeluar satu demi satu. Yang paling mengejutkan bukan setahun dua..rupanya bertahun-tahun penipuan,” tulisnya.

Dalam pada itu, semuanya terbongkar apabila anak lelakinya mengambil kereta yang tertinggal di Kedah disebabkan ayah mereka sakit. Namun hancur hati seorang isteri apabila menemui beg pakaian baju suami bercampur dengan wanita lain.

“Orang kedah terpaksa Cari Anak saya untuk ambik Kereta sebab Abah Anak2 saya tak dapat dihubungi. Pada awalnya Anak saya sangka kereta itu milik Abahnya tetapi dari sinilah kami sangat yakin cerita perkahwinan mereka ini sangatlah benar. 

“Bagaimana rasanya jiwa seorang isteri apabila menemui beg pakaian yang bercampur antara baju suami dan perempuan lain dalam satu luggage. 

“Kereta bagai kan rumah..pakaian dobi n lain2 barang penuh satu Kereta. Saya tak perlu nyatakan detail. Semua ini saya lalui dan anak-anak menjadi saksinya,” tulisnya.

Lebih membuatkan dirinya kecewa, Fauziah berkata anaknya dituduh mencuri kereta tersebut hingga laporan polis dibuat oleh wanita berkenaan.

Tidak hanya setakat itu, anaknya turut dipaksa mengakui kesilapan yang kemudian dirakamkan ND Lala sendiri tanpa rasa bersalah.

Diakhir perkongsian itu, Fauziah berkata pendedahan itu dibuat agar wanita diluar sana lebih waspada dengan sesiapa yang mungkin dianggap kakak, adik, anak atau sahabat supaya jangan beri ruang yang terlalu luas hingga mata dikaburi.