Pempengaruh media sosial, Noor Nabila sanggup terbang ke Paris untuk menari wangian istimewa pada majlis perkahwinannya dengan kekasih, Ameer Aiman.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila berkata baginya pemilihan minyak wangi akan menjadi memori bagi majlis mereka yang akan berlangsung penghujung tahun ini.
BACA: “Kita Tengah Buat Persiapan” – Noor Nabila Nikah Tahun Ini
“Minyak wangi ini adalah satu memori. Saya mahu wangian ini sentiasa mengingatkan saya kepada hari perkahwinan saya walaupun bertahun-tahun selepas itu,” katanya.
Lebih bertuah, Nabila bertemu dengan pengasas bersama jenama minyak wangi mewah, EX Nihilo iaitu Benoit Verdier. Dalam pada itu, Nabila berkata jenama minyak wangi itu sudah lama bertapak dan sentiasa menjadi kegemarannya.
Terdahulu, Nabila mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Ameer Aiman pada penghujung tahun ini.