fbpx

“Ketika Penggambaran Itu Mereka Sudah Bercerai”

Dituduh menjadi punca perceraian Rashidi Ishak dan Vanidah Imran, finalis Dewi Remaja 2014/2015, Fify Azmi menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor berusia 45 tahun itu.

Katanya lagi, dia sudah lama mengenali antara satu sama lain kerana pernah bekerja di stesen radio yang sama dan sudah menggangap Rashidi sebagai abang.

BACA: Rashidi Ishak Nafi Bercinta Dengan Finalis Dewi Remaja

“Saya tiada kena mengena dengan isu perceraian Abang Shidi (Rashidi). Malah, kami sebenarnya sudah lama kenal.

“Ketika kami menjalani penggambaran iklan produk minyak wangi (Starrasky) pun, mereka sudah bercerai. Saya sendiri sedih dan terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara itu,

“Saya memang tak sangka nama saya pula yang terpalit dalam kes terbabit. Sedangkan, kami bagaikan abang dan adik,” ujarnya.” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Fify memberitahu dia sudah mempunyai kekasih hati dan berharap tidak lagi dikaitkan sebagai orang ketiga dalam kes perceraian Rashidi dengan Vanidah Imran.