fbpx

Celcom Menawarkan Harga Serendah RM 1088 Untuk iPhone 6s, 6s Plus

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan FIRST & FIRST Elite, Celcom Axiata Berhad baru-baru ini memilih 8 selebriti tanah air untuk menghantar iPhone6S & iPhone6S Plus ke tempat kediaman pelanggan terpilih.

Antara selebriti yang terlibat adalah pasangan selebriti Awal Ashaari & Scha Al-Yahya, Yasmin Hani, Ratu Rock Malaysia Ella Aminuddin, Jack Lim, Soo Wincci, Shaheizy Sam & Amber Chia.

Kehadiran selebriti semestinya memeriahkan suasana di rumah pelanggan Celcom dan menjadi satu pengalaman yang amat dihargai oleh pelanggan FIRST & FIRST Elite. Gambar-gambar pengalaman ini dapat dilihat melalui hashtag #getitFIRST di Instagram

Buat peminat tegar jenama rangkaian Apple, anda kini boleh memiliki keluaran iphone 6s dan 6s Plus di semua rangkaian Celcom dengan tawaran harga serendah RM 1088 mengikut pelan yang ditawarkan oleh Celcom.

Berikut ialah antara pelannya iaitu First Basic 85, First Basic 85 (Max Up All) dan First Elite dengan bayaran bulanan sebanyak RM85, RM135 atau RM235. iPhone 6s ditawarkan dengan kontrak 24 bulan dengan harga pakej dari RM1,088 hingga RM3,088 manakala untuk 6s, ia bermula pada harga RM1,518 hingga RM3,428.

Pelanggan First Basic 85 memperoleh data Internet 2GB+2GB (WiFi) manakala First Basic 85 (Max Up All) dan First Elite masing-masing memperoleh 3GB+3GB (WiFi).

Sementara itu, seperti tahun-tahun lepas pihak Celcom sekali lagi membuka khemah dan ruang di Blue Cube Sunway Pyramid untuk pelanggan setianya beratur bagi mendapatkan telefon iPhone 6S dan iPhone 6S Plus bersama-sama pakej Celcom. 6 pengguna awal yang beratur telah ditawarkan iPhone pada harga RM 6.50 bersama-sama pakej Celcom.

Acara tersebut juga telah dihadiri oleh beberapa selebriti popular tempatan seperti, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Soo Wincci, Ella, Yasmin Hani, Amber Chia dan Shaheizy Sam yang turut menjadi pelanggan pertama untuk mendapatkan iPhone 6s dan 6s Plus.