fbpx

Izara Aisyah, Suami Bakal Timang Anak Perempuan

Dijangka bakal melahirkan anak sulung April depan, Izara Aishah dan suami, Adib Khalid bakal menimang cahaya mata perempuan.

Perkara itu dikongsikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram miliknya ketika menghadiri majlis Baby Shower Izara yang berlangsung semalam. Siti turut mendoakan agar proses melahirkan kelak dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

BACA: Izara Aishah Sahkan Hamil Anak Pertama

Pernyanyi nombor satu negara itu turut berkongsikan foto menarik sekitar majlis yang bertemakan warna hijau pudina itu.

Turut hadir sama ibu mertua Izara, Datin Seri Tengku Zawyah, kakak iparnya, Tya Ariffin dan rakan baiknya, pelakon Farah Nabilah.

Pada 1 Januari lalu, Izara mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil enam bulan. Izara berkata dia mengambil masa untuk berkongsikan berita gembira itu kerana di fasa awal kehamilan segala-galanya boleh berlaku.

Untuk rekod, Izara dan Adib Khalid mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.