fbpx

Filem Animasi Pendek Disney ‘Paperman’ Muncul Di Internet

Ia’nya cantik & penuh jiwa jika anda tanyakan kepada kami. Walaupun hanya berdurasi 6 minit, filem animasi pendek Disney Animation ini sarat dengan permainan emosi.

Paperman pada awalnya adalah filem animasi pendek yang menemani filem Wreck-It Ralph sebelum membuat kemunculan secara rasmi di dunia internet untuk tontonan umum hari ini.

Perkara pertama yang anda perasan akan animasi ini adalah gaya retro & pemilihan warna yang agak terhad tetapi berjaya menjadi animasi yang jauh lebih berkesan berbanding animasi Disney lain akhir akhir ini.

Paperman menurut pengarahnya, John Kahrs merupakan satu gabungan lukisan tangan dan grafik janaan komputer (CGI) yang belum pernah di’lakukan oleh sesiapa sebelum ini.

Filem animasi pendek ini juga tercalon dalam kategori Best Animated Short Film untuk anugerah Oscar tahun ini.