fbpx

Caprice, Isteri Henti Kongsi Gambar & Video Anak Di Media Sosial

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ada individu didakwa menghina wajah anak penyanyi dan pempengaruh media sosial iaitu Caprice yang baru berusia dua bulan.

Menerusi satu perkongian, Caprice meluahkan rasa gembira apabila dapat berkongsi pengalaman menjaga bayi dengan pengikutnya yang lain.

BACA: “Apalah Sangat Melutut Berbanding Apa Dia Cakap Dekat Anak Aku” – Isteri Caprice

“Minta maaf kepada semua ibu bapa yang suka kongsi journey menjaga baby. Kami sangat enjoy dengan perkongsian daripada semua dan ada yang siap bagi tips,” katanya.

Bagaimanapun, Caprice berkata dia dan isterinya, Farra Inalis mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsikan gambar mahupun video anak mereka di media sosial buat seketika.

“Namun, saya dan Elis telah memutuskan untuk berhenti berkongsi foto dan video anak kami buat sementara waktu. Kami sayang anda semua dan kami amat menghargainya,” katanya.

Terdahulu, individu yang didakwa menghina bayi penyanyi rap, Caprice baru-baru ini akhirnya tampil bersemuka untuk membuat permohonan maaf terhadap penyanyi itu serta isterinya.

Farra dilihat memarahi lelaki berkenaan sebelum memintanya untuk melutut memohon maaf kepada anaknya. Namun, tindakan tersebut mengundang pelbagai kecaman apabila disifatkan agak keterlaluan.