fbpx

Isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis sedar dirinya dikecam selepas meminta lelaki yang menghina anak mereka untuk melutut memohon maaf.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Farra berkata tindakan lelaki tersebut menyamakan wajah bayinya dengan haiwan lebih teruk berbanding meminta untuk melurut dihadapannya.

BACA: Lelaki Hina Wajah Anak Caprice & Isteri Melutut Minta Maaf

“Ramai rupanya netizen bercita-cita nak jadi ustaz dengan ustazah. Sebab itu ramai yang berceramah. Yang korang bising sangat fasal isu melutut itu, apalah sangat melutut dengan apa yang pernah dia cakap dekat anak aku.

“Aku nak satu benda je dekat korang, cuba letak tempat korang dekat tempat aku sekarang. Aku berjuang sehabis daya sampai nak putus nyawa beranak, bukan senang tau. Tak sampai 40 hari, senang-senang nak dajalkan anak aku. Cakap anak muka hisap batu, muka macam babi.

“Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku. Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap anak kau macam itu. Masih dalam pantang lagi tau. Salah ke kalau aku minta melutut?” katanya.

Dalam pada itu, Farra mengatakan setiap manusia mempunyai tahap kesabaran mereka serta memohon maaf seandainya bahasa digunakannya agak kasar.

“Aku manusia, sabar aku ada limit. Cukup baik dah melutut, ikut baran aku takut tertinggal gigi dekat KL. Maaf ya kalau bahasa aku agak kasar. Bagi aku bertenang,” katanya.