fbpx

Sebagai umat Islam, kita perlu faham dan yakin bahawa apabila kita menafkahkan sebahagian harta kita ke jalan Allah SWT termasuk berzakat, pasti ada pulangannya.

Anda kena yakin akan janji Allah SWT dengan berzakat tidak akan mengurangkan harta seseorang, malah akan bertambah keberkatan dan kesuburan harta anda nanti. Kita keluarkan harta kita, tapi in return kita akan dapat lebih daripada apa yang kita keluarkan. Ia menyuburkan harta kita, menjadikannya lebih merimbun.

Ada 10 Jenis Zakat Harta

Sedar atau tidak, masih ramai yang memerlukan bantuan kita demi kelangsungan hidup mereka. Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjangkakan jumlah asnaf fakir miskin akan meningkat kepada 72,000 sehingga penghujung tahun 2022.

Jadi, anda bayangkan seramai ini lah yang masih memerlukan bantuan dari kita. Marilah kita menjalankan tanggungjawab kita untuk memberi zakat.

Untuk info anda, terdapat 10 jenis zakat harta anda yang boleh membantu dalam persiapan membantu di Selangor ini. Kebanyakan program dalam ‘Kongsi Rezeki dengan 2.5%’ menerangkan tentang 10 jenis Zakat Harta yang masih ramai rakyat Selangor terlepas pandang. 10 Zakat Harta tersebut adalah:

1. Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan keatas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim.

2. Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

3. Zakat Wang Simpanan

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

4. Zakat Emas & Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).

5. Zakat Pelaburan & Saham

Dalil dan hujah mengeluarkan zakat pelaburan adalah seperti berikut:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Sabda Rasulullah s.a.w:
Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada Abi ‘Amr Ibnu Himas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” ‘Aku menjawab: Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya.” (Hadis riwayat Syafi’I, Daruqutni, dan Baihaqi)

6. Zakat KWSP

Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP.
KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

7. Zakat Tanaman Padi

Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan jelas dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya [Surah Al-Anam (6): 141]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud:

Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%) (HR Bukhari)

8. Zakat Penternakan

Semua binatang ternakan diciptakan Allah SWT untuk kepentingan manusia. Ia digunakan untuk ditungganginya sebagai kenderaan, dimakan dagingnya, diminum susunya dan diambil bulu serta kulitnya. Oleh kerana itu, Allah SWT meminta para pemilik binatang bersyukur atas nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada mereka. Realisasi dari syukur tersebut adalah dengan tuntutan berzakat.

9. Zakat Takaful

Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-syaratnya.

10. Zakat Harta Galian dan Harta Karun

Secara asasnya perbahasan ini berkisar tentang maadin, kanz dan rikaz. Maadin dengan kata lain adalah bahan galian berharga, yang dengan sendirinya tersimpan di dalam bumi. Manakala kanz adalah harta yang ditanam di dalam bumi oleh tangan manusia. Istilah Rikaz pula mencakupi kedua-dua maadin dan kanz. Namun, umumnya setiap harta yang tertanam di dalam bumi dipanggil sebagai rikaz.

Kempen ‘Kongsi Rezeki dengan 2.5%’

‘Kongsi Rezeki’ yang berdurasi 2 bulan akan dilaksanakan LZS adalah untuk mendorong rakyat Malaysia melunaskan zakat harta demi membantu mereka yang dalam kesempitan.

Anda boleh menggunakan Aplikasi ZakatSelangor yang diwujudkan turut akan membantu warga Selangor untuk mengira kadar zakat secara spesifik selain menawarkan banyak fungsi terkini. Ianya sangat memudahkan anda! Tidak perlu beratur panjang di cawangan atau susah payah mencari Amil untuk mengira zakat.

Selain itu anda juga boleh menggunakan Direct Debit. Selama ni pernah nampak Direct Debit tapi tak tahu fungsinya. Meh sini kami bagitahu anda.

Direct Debit adalah satu kemudahan yang membantu ramai warga Selangor di luar sana untuk kekal membayar zakat pendapatan pada setiap bulan. Mahupun yang bekerjaya atau bekerja sendiri ataupun mereka yang telah pencen tapi tetap ingin membayar zakat. Tiada lagi kes terlupa bayar lepas ni. Auto kan senang?

Selain itu, kempen ‘Kongsi Rezeki dengan 2.5%’ turut menawarkan ganjaran dunia akhirat kepada anda. Keberkatan harta dan pahala berganda!

Pembayar zakat di Selangor berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Sijil Simpanan Premium selepas taksir dan bayar zakat dalam durasi kempen. Tempoh kempen bermula 1 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022 ini.

Hikmah Zakat

Keberkatan zakat itu bukan sahaja boleh dirasai dalam penambahan dan kesucian rezeki selepas berkongsi, tetapi nikmat apabila melihat orang lain bahagia dapat meneruskan hidup atas sedikit perkongsian kita. Sedikit bagi kita, segalanya bagi mereka.

Anda perlu ingat zakat merupakan salah satu cara untuk menyucikan harta selain sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Jangan menggunakan ayat-ayat atau alasan-alasan klise untuk melarikan diri daripada menyempurnakan kewajipan dalam menunaikan zakat.

Kesempurnaan zakat itu bukan sahaja pada zakat fitrah, tapi juga pada kesempurnaan zakat harta pada seseorang.

Sedarilah bahawa menunaikan zakat itu merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima malah zakat juga adalah manifestasi kesyukuran kita terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bayar zakat hidup berkat! Ingatlah, sedikit bagi anda, segalanya buat mereka. Layari https://jom.zakatselangor.com.my untuk maklumat lanjut.