fbpx

10 Selebriti Popular Pernah Diserang Penyakit Misteri

Walaupun teknologi sudah semakin canggih dan negara sudah semakin maju, tetapi masih terdapat lagi sesetengah individu yang masih mengamalkan ilmu hitam dan alam ghaib.

Selebriti popular juga tidak terlepas daripada diserang penyakit misteri. Terbaru, pelakon Fendy Bakry dikhabarkan diserang penyakit misteri dan kini hampir pulih. Kami senaraikan 10 selebriti yang pernah diserang penyakit misteri.

1. Syura

Tahun lalu, penyanyi Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri ketika berada di Indonesia untuk merakam lagu terbaru. Syura berkata dia muntah berterusan, sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara sehingga berat badannya menurun kira-kira 12 kilogram tanpa sebab.

2. Awie

Pada tahun 2016, penyanyi rock Awie memberitahu bakal isterinya (kini sudah menjadi isteri) dan anak-anaknya diserang penyakit misteri sehingga mereka mengalami muntah-muntah dan gatal-gatal badan. Awie percaya penyakit itu adalah perbuatan sihir daripada manusia yang tidak senang melihatnya bahagia.

3. Aaron Aziz

Baru-baru ini, pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu namun berjaya merawat penyakit tersebut menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa seorang kenalan yang arif dalam hal agama. Akibat gangguan tersebut dia mengalami sakit belakang dan ketidakstabilan emosi.

4. Wawa Zainal

Pada tahun 2013, media pernah melaporkan pelakon Wawa Zainal mengakui pernah diserang sakit misteri yang menghantui dirinya. Menurut Wawa, ada ‘benda’ singgah sekejap di dalam badannya dan menyebabkan dirinya bercakap atau berinteraksi menggunakan suara orang lain.

5. Nonny Nadirah

Awal tahun ini, pelakon Nonny Nadirah berdepan dugaan apabila mengalami penyakit misteri menyebabkan dia tidak boleh bangun kurang dua minggu tarikh pernikahannya. Menurut ustaz yang merawatnya, berkemungkinan ada pihak yang dengki dan cemburu.

6. Keena Mentor

Awal April lalu, penyanyi Keena Mentor mendakwa ada beberapa rakan penyanyi yang menghantar santau angin kepada dirinya. Penyanyi itu turut menunjukkan kesan merah yang timbul di sekitar badan selepas santau angin itu berjaya dibuang.

7. Cico Harahap

Setelah lama menghilang, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap dikatakan menghidap penyakit misteri sekitar Disember tahun 2016 yang lalu sehingga menyebabkan dirinya Tidak boleh membaca dan bercakap. Yang paling teruk apabila dia tidak mampu lagi bekerja seperti biasa.

8. Aiman Tino

Awal April lalu, penyanyi popular Aiman Tino memberitahu dirinya diserang penyakit misteri sehingga menyebabkan kesukaran untuk menyanyi dan mengawal suaranya. Disebabkan penyakit itu juga badannya sering berasa sakit dan lemah.

9. Rafly Rahamat

Baru-baru ini, media melaporkan bekas penyampai HotFM Terengganu Rafly Rahamat ditempatkan di sebuah hospital kerana jatuh sakit. Jika dahulunya berbadan tegap, kini Rafly kelihatan kurus dan sukar dikenali. Sehingga kini masih belum diketahui punca penyakit yang dihadapinya.

10. Fendy Bakry

Pelakon utama drama popular Mr Grey iaitu Fendy Bakry didakwa mengalami penyakit misteri. Keadaan Fendy semakin lemah termasuk pergerakannya terbatas manakala pertuturannya semakin tidak jelas. Beberapa hari lalu, Fendy Bakry dikhabarkan mula menunjukkan perubahan positif selepas hampir sebulan menerima rawatan.