Usia sudah mencecah 38 tahun, pelakon sensasi Fathia Latiff mendedahkan masih belum bertemu lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Fathia berkata buat masa ini individu yang hadir dalam hidupnya hanya sekadar rakan biasa dan tidak ke ara hubungan yang serius.

BACA: “Bukan Tak Nak Kahwin, Yang Datang Tu Ya Allah” – Fathia Latiff Rela Bujang Sampai Tua

“Susah nak cakap, tapi setakat ini Fathia belum jumpa lagi orang yang betul-betul boleh memiliki hati saya. Buat masa sekarang, yang datang semuanya macam kawan-kawan sahaja. Yang mendekati pun sekadar sebagai kawan, tak ada lebih-lebih pun,” katanya.

Sementara itu, Fathia berkata dia tidak terburu-buru dalam soal jodoh serta menyerahkan soal jodoh kepada takdir. 

Namun dia terbuka untuk menjalin hubungan dengan individu yang memenuhi ciri-ciri yang boleh menawan hatinya.

“Buat masa ini, Fathia just go with the flow. Kalau ada, adalah. Saya nak seseorang yang jujur, yang komited dengan kerja, dan yang memahami,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

×