Juliana Evans Elak Berkahwin Dengan Pemain Bola Sepak
Pernah digosipkan bercinta dengan Sam Bunkfaec dan juga Zizan Razak satu ketika dahulu, Juliana Evans menjelaskan bahawa dia sebenarnya masih belum terfikir soal kahwin selain menolak untuk bercinta dengan pemain bola sepak.
BACA: Juliana Evans Nafikan Bercinta Dengan Pemain JDT
“Tidak timbul isu saya punya teman istimewa dalam kalangan pemain bola sepak. kehadiran saya menyaksikan perlawanan itu hanyalah kebetulan. Saya pun baru dua kali berpeluang menyaksikan perlawanan mereka. Isteri pemain JDT, Safiq Rahim adalah kawan saya”
“Kalau boleh saya elak bercinta dengan pemain bola sepak. Yelah, macam-macam cerita yang kita dengar mengenai mereka. Apa pun saya tidak berani cakap lebih-lebih kerana soal jodoh serahkan kepada Allah SWT,” jelasnya kepada Harian Metro.
Berbicara mengenai pilihan hati begini, teringat kami satu masa dulu, Dato’ Siti pernah menyatakan bahawa dia tidak sukakan lelaki bermisai dan suaminya kini bukan main bermisai lagi. Gurau saja. Apa pun, semoga satu hari nanti Juliana Evans akan berjumpa jodoh yang secocok dan sepadan dengannya. (rtky/s)
Haa bagus la dik. Bukan ape, pemain bola ni masa depan kelam sikit. Mmg la gaji puluh2 ribu sebulan tp max sampai umur 35 je. Baek kawen dgn politician mcm Zizie buat tu tak pon dgn kerabat lagi2 kerabat JDT. Sampai tua pon harta tak abes masyukkkkk…
Luaskan kuasamu.
…serta bukan yang suka meludah dan tiada spm
xpun kawin ngan abg Jenal dye x main bola, dye ajar org main bola…
kena pasang spotlight kat rumah. takut x nampak abg Jenal.
JUE…KAWEN DGN SY NAK X?..IF STUJU SY G JUMPA FAMILY AWAK SKRG..
y bother 3 x