fbpx

Alha Alfa Dedah Bukti Bekas Isteri Pernah Hamil & Keguguran

Rumah tangga Datuk Alha Alfa menjadi perhatian ramai apabila usahawan kosmetik itu mendedahkan perceraiannya kepada umum. Bagaimanapun, ada yang menuduhnya seolah sengaja membuka aib bekas isterinya, Noor Azlin.

Menerusi pendedahan itu, Alha berkata mereka hampir bergelar ibu bapa namun bekas isterinya keguguran. Bagaimanapun, Azlin tamil membuka mulut menafikan bahawa dia pernah hamil dan mengalami keguguran seperti didakwa Alha.

BACA: Bekas Isteri Alha Alfa Buka Mulut, Nafi Pernah Hamil

Pendedahan bekas isterinya itu sekaligus membuatkan Alha bengang sehingga dia dilabel penipu. Tidak hanya berdiam diri, Alha tampil mempertahankan maruah dirinya dengan mendedahkan bukti bahawa bekas isterinya itu pernah hamil.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Alha memuat naik mesej perbualannya bersama Azlin di WhatsApp sekaligus mendedahkan bekas isterinya telah memakan jamu dalam kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan keguguran.

Ujarnya lagi, dia sememangnya mahu move on dari kisah perceraian mereka tetapi ramai yang menyangkakan bahawa dia penipu dan dia perlu membersihkan namanya agar tidak terus terpalit dengan tuduhan tidak benar.

Alha turut meluahkan rasa kecewa apabila orang yang dia sayangi sanggup bertindak untuk menjatuhkannya selepas dia sudah memberikan segalanya.

Terdahulu, Alha berkata rumah tanggnya hanya mampu bertahan selama 6 bulan selepas dia dan Azlin sepakat untuk berpisah secara baik selepas masing-masing sudah tidak lagi persefahaman.

Ujarnya, banyak dugaan melanda rumah tangga mereka termasuk berbezaan jarak usia dan kerjaya menjadi punca rumah tangga mereka gagal.