Anzalna Nasir Tak Cukup Tidur Jaga Anak Demam
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Anzalna Nasir memaklumkan anaknya, Mohamad Eidrees yang baru berusia setahun mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.
Menurut Anzalna, suhu badan anaknya itu mencecah hampir 40 darjah selsius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Katanya lagi, dia mahu tempatkan anaknya di wad namun melihat keadaan sekarang terpaksa membatalkan hasratnya itu.
BACA: Anzalna Nasir Akui Ketagih Shopping Online, Setiap Hari Nak Membeli
“Sejak beberapa hari lalu, Eidress tidak sihat. Dia demam. Suhu badannya, cecah 39.5 darjah selsius. Bawa ke emergency (jabatan kecemasan) terus!
“Nak ikutkan hati, nak admit (masuk wad), tetapi macam-macam dalam kepala dengan keadaan sekarang ini,” katanya.
Anzalna berkata tas nasihat doktor, dia kemudian membawa pulang Eidrees untuk dipantau keadaan kesihatannya di rumah sahaja. Ujarnya, meskipun tidak cukup tidur menjaga anaknya namun dia gembira apabila Eidress sudah sembuh.
“Jadi, doktor nasihatkan suruh pantau dan bagi ubat dulu. Saya bersyukur kami buat keputusan yang betul untuk bawanya pulang ke rumah.
“Pantau dari rumah biarpun tak cukup tidur dan rehat, tetapi gembira dan lega sangat bila tengok Eidress kembali seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
- SUMBER
- Astro Gempak
hokeyyy.. orang lain cukup tido.. selesa sangat..
Ya ,nyah …org lain tak pernah jaga anak demam ..kau sorang aje …. Duh …
ooo..biasa la tu kalau ada anak…
kesian nasib baik tidak meroyan.
hanya dia saja yg ada anak dan tidak tidur malam bila anak sakit.
nak juga tengok hospital mahal yg dia pergi bawa anaknya itu, beg apa di bawa baju aoa dipakai baru ada kelas dan ketara kaya dan sengsara
Macam tu la sy rasa bila anak tak sihat.
Kasih seorang ibu tiada tandingnya.