fbpx

Menyingkap laman media sosial Instagram selebriti Ayda Jebat yang mempunyai pengikut seramai 4.5M ini ternyata buatkan anda tertarik dengan setiap memori gambar yang dikongsikannya.

Hampir keseluruhan gambarnya boleh dikatakan fresh dan intrend meskipun dengan posing yang pernah anda lakukan. Namun anda pasti tertanya-tanya bagaimana untuk dapatkan gambar secantik Ayda Jebat bukan? Anda hanya perlukan gunakan telefon pintar keluaran terbaru OPPO iaitu OPPO A9 2020.

Nak tahu apa yang best mengenai OPPO A9 2020 ini? Meh kami bagi tahu.

1. Reka Bentuk Telefon Yang Jadi Pujaan Ramai


OPPO A9 2020 edisi terbaru dari OPPO ini, amat sesuai untuk generasi yang muda dan bertenaga, kerana ia bakal buatkan anda lebih teruja dengan pelbagai kelebihan yang menyeronokkan.

Warna Space Purple

Kali ini OPPO membawakan reka bentuk estetik 3D, yang hadir dengan dua warna. Antaranya warna Space Purple dan Marine Green. Lawakan? Sesuai untuk anda jadikan gadjet pilihan anda.

Warna Marine Green

Bukan itu sahaja, skrin OPPO A9 202 yang bersaiz 6.5 inci akan berikan anda lebih kepuasan. Nak tahu kenapa? Kerana skrin cahaya matahari ini membolehkan anda membaca massage dari kekasih hati meskipun bawah cahaya matahari yang terik.

Lebih menarik lagi, skrin A9 2020 ini juga dilengkapkan dengan Blue Shield untuk melindungi mata anda dari keletihan. Yalah mana tak nya jika anda membaca massage di bawa cahaya matahari yang terik tu confirm mata anda akan pedih, itu belum kira lagi bab kena renung betul-betul di skrin. Tapi dengan A9 2020 anda tak perlu risau lagi bab tu.

Tidak mahu ketinggalan dalam kemajuan gadjet terkini, selebriti Ayda Jebat turut menjadikan OPPO A9 2020 sebagai telefon pintar pilihan pertamanya.

2. 4 Lensa Kamera Yang Akan Jadikan Gambar Lebih Gempak

OPPO A9 2020 boleh jadikan gambar anda lebih letops dan on point dengan 4 lensa kamera di mana masing-masingnya mempunyai fungsi yang tersendiri.

Dilengkapi dengan 48MP Utama Kamera (Ultra Night Mode) membolehkan anda mengambil gambar pada waktu malam dengan jelas. Pengunaan 119°Ultra Wide Angle lens 8MP juga bakal jadikan gambar swophoto anda lebih luar biasa. A9 2020 juga dilengkapi dengan Portrait Lens yang membolehkan gambar potret lebih profesional dan unik dengan warna hitam putih apabila anda menggunakan mode Mono Lens.

3. Kuasa 119 ° Ultra Wide Angle Lens Yang Power

Dengan 119 ° Ultra Wide Angle Lens 8MP yang dibekalkan oleh OPPO A9 2020 ini mampu jadikan gambar anda lebih jelas dan kurang bunyi serta mampu meningkatkan pengoptimuman keseluruhan kamera menjadikannya lebih mudah untuk mengambil gambar yang lebih besar walaupun hanya di sudut kecil.

4. Ultra Night Mode 2.0 Buatkan Gambar Malam Lebih Menarik

OPPO A9 2020 bakal buatkan anda lebih jatuh cinta dengan kuasa Ultra Night Mode 2.0 dimana setiap gambar yang diambil pada waktu malam akan lebih jelas, on point dan cantik meskipun dalam keadaan cahaya yang terang atau gelap. Dah tak perlu susah payah edit gambar malam anda jadi lebih terang macam anda pernah buat lakukan pada telfon pintar lama anda dahulu sebelum muat naik di media sosial tu.

5. Gaya Potret Artistik

Lengkap dengan 5 gaya potret artistik, majalah dan retro akan buatkan anda lebih teruja dengan setiap hasil yang diambil melalui gaya potret yang anda pilih. Paling memuaskan apabila 2 lens kamera potret iaitu lens potret dan lens Mono memainkan peranan penting dalam menghasilakan gambar anda lebih awesome! Tak percaya tengok gambar atas sudah lah. Cantik habis.

6. Sistem Penyimpanan Yang Lebih Besar

Sistem penyimpanan yang bersaiz 8GB + 128GB memory ini ternyata bolehkan anda selfie sepuas hati tanpa risau storan penuh. Lebih best bila ada saiz storan yang besar ini setiap aplikasi yang besar besar dan banyak game boleh disimpan untuk anda isi diruagan telefon anda. Tak perlu nak risau memory full lagi sebab OPPO A9 2020 ini mempunyai 3 slot kad (dual sims + microSD).

7. 5000mAh Ultra Bateri

Dikuasakan dengan bateri sebesar 5000mAH ultra beteri membolehkan anda menonton movie dan bermain game dengan sepuas hati tanpa risau kuasa beteri akan berkurangan. Lagi best anda gunakan sehingga 19 jam pun bateri still penuh dan bukannya mencapai 0% kuasa beteri. Bestkan. Memang sesuai untuk anda yang sentiasa on the go dan bekerja di luar pejabat.

8. Teman Hiburan Anda

Last but not least, OPPO A9 2020 ini menggunakan sistem yang paling baru dan canggih. Nak tahu kenapa? Sebab anda boleh layan lagu, video dengan sound yang paling best untuk didengari apabila setiap bunyi yang dikeluarkan itu dijana oleh kuasa Dual Stereo Speakers and Dolby Atmos sounds. Memang kali tu tak ada gangguan langsung apabila anda layan drama pukul 7 tu.

Tunggu Apa Lagi? Jom Pre Order Sekarang Dan Dapatkan Hadiah Menarik

Dengan hanya RM1,199, anda boleh menjadi pemilik OPPO A9 2020 yang pasti akan membuatkan rakan-rakan cemburu dengan kehebatan gambar di Instagram anda. Lagi best, jika anda melakukan pre-order, hadiah PERCUMA pun ada iaitu waranti perlindungan 1 tahun perlindungan percuma(RM 99) dan beg eksklusif OPPO (RM 159) yang akan turut sama menjadi milik anda.

Hadiah-hadiah ini hanya akan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan secara online di SINI.

Nak gambar cantik dan gempak seperti Ayda Jebat jangan lengahkan masa lagi jom buat tempahan sekarang. Serlahkan gaya OOTD anda hari ini juga dengan OPPO A9 2020. Maklumat lanjut tentang smartphone awesome ini boleh baca di laman rasmi OPPO.

Nah kami belanja anda lagi spesifikasi OPPO A9 2020 yang bakal buatkan anda tak sabar nak beli!