fbpx

Ziana Zain Nafi Pilih Bulu Di MLM 2016

Juri tetap program komedi Maharaja Lawak Mega 2016, Ziana Zain menafikan dakwaan yang mengatakan beliau bersikap pilih bulu didalam program itu apabila setiap kali memberikan komen persembahan para peserta.

BACA: Demi Anak, Ziana Zain Tolak Tawaran Berlakon

“Saya sering sebut kumpulan seperti Bocey atau Joras sebagai contoh rujukan kepada peserta lain untuk terus berusaha selain beri semangat kepada mereka. Jadi tiada istilah favortism pun dalam MLM 2016. Peserta perlu terima setiap teguran yang diberikan untuk dijadikan satu cabaran”

“Saya beri contoh yang terdekat untuk mereka belajar bagaimana sesetengah kumpulan itu boleh tampil dengan idea dan persembahan yang semakin bagus. Saya akan ambil contoh yang terdekat sebagai rujukan yang paling mudah,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.

Menurutnya, peserta perlu bersikap terbuka dan profesional menerima teguran juri dan menganggap ianya sebagai rujukan untuk mereka memperbaiki persembahan di masa hadapan. Malah untuk menjadi antara yang terbaik, mereka harus tabah mengharungi pelbagai kritikan.

Program Maharaja Lawak Mega 2016 telah dihoskan oleh pengacara terkenal, Datuk AC Mizal yang bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap hari Jumaat bermula dari jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). (rkty/w)