fbpx

Demi Anak, Ziana Zain Tolak Tawaran Berlakon

Siapa tidak ingat lakonan Ziana Zain dalam filem Sembilu dan juga Maria Mariana, lebih-lebih lagi bab angkat kening sebelah. Mengakui rindu untuk kembali berlakon, Ziana bagaimanapun lebih mengutamakan anak-anak dan keluarganya ketika ini.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

BACA: Ziana Zain: Ada Artis Perasan Cantik, Tapi Sebenarnya Tidak

“Memang saya rindu sangat nak kembali berlakon. Banyak dapat tawaran drama bersiri dan filem, tetapi apabila fikir anak-anak masih bersekolah dan belum mampu seimbangkan masa, itu yang membuatkan saya terpaksa menolak semua tawaran”

“Saya lebih mendahulukan anak-anak yang sedang membesar. Biarpun hati berkobar-kobar nak kembali berakon sebab seronok menjadi orang lain pada setiap watak yang diberikan,” memetik kata-kata Ziana daripada portal Mangga Online.

Tambah Ziana, walaupun dia kini sibuk menguruskan keluarga dan karier sekaligus, perkara itu tidak menghalangnya untuk menjaga kesihatan dan juga kecantikan. (rtky/s)